Jumaat, 2 Disember 2016

Pengalaman Berada Di Bumi Thailand

Assalamualaikum...  😊
Sawadikha... Hehehe 💕 

Siapa yang tidak kenal akan negara Thailand yang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak serta melazatkan sehingga mengaburi setiap mata-mata manusia yang melihatnya. Lily nak ceritakan pengalaman Lily sepanjang berada di Narathiwat, Thailand. 
Buat pengetahuan semua, sebenarnya husband Lily berasal daripada Thailand. Jadi, Narathiwat ini adalah kampungnya. 😉

1. Masyarakat 
   -Orang islam yang berada di Thailand ini amatlah Lily tabik. Kenapa?  Kerana cara pemakaian mereka sangatlah menepati ciri-ciri islam yang dikehendaki. First time tau Lily tengok masyarakat yang sebegini. Tudung yang labuh sehingga menutupi bawah dada, kalau boleh sampai ke perut haaa... Pergelangan tangan pun dah ditutupi dengan tudung mereka. Kalau nak pakai baju lengan pendek pun x apa sebab boleh cover dengan tudung tu. Hehehe... 
Mereka juga tidak pernah meninggalkan solat. Macam keluarga husband Lily di sana, bila masuk waktu solat sahaja, yang lelaki akan mula menghidupkan enjin kereta, motor serta yang mengayuh basikal ke masjid. Tidak ramai yang berjalan kaki kerana kebanyakkannya mempunyai motor. Kalau di Malaysia, boleh tengok kaum2 Adam berpusu-pusu ke masjid time solat jumaat sahaja. Hari-hari biasa..... (anda pun tahu).  Mereka jugak sangatlah peramah. Suka senyum 😀 Mereka boleh bertutur bahasa Melayu( kecek kelate tapi campur siam ) .tapi kalau kita cakap diaorang kurang faham dan ada yang x faham terus. Macam Lily lah. Diaorang faham kalau kita cakap Kelantan tapi Lily manalah pandai. Huuu dan bila nak berkomunikasi dengan adik ipar, kakak ipar kat sana, diaorang macam... 'Mencarut apalah Minah Malaysia ni... ' huuu sedihhh... Terpaksa husband jadi tukang penterjemah. 😂

2. Makanan 
  - Yang ini memang tidak boleh dinafikan kelazatannya. Makanan di negara Thailand sangatlah lazat. Di Thailand, mereka suka makan sayur. Jadi tidak hairanlah setiap makanan berkuah mereka mesti ada sayur.  Contohnya masak asam pedas. Dekat sana x panggil asam pedas tau tapi dipanggil kesom (lebih kurang macam nilah bunyinya).  Kalau di negara kita, asam pedas berwarna merah kekuningan kan?  Tapi di sana asam pedas mereka berwarna kuning and adalah sikit2 warna merah. Kesom mereka akan ada sayur macam kobis, terung kecil tu. Tapi sedappp!  👍
Nasi lemak mereka pulak Agak peliklah bagi yang pertama kali melihatnya ( macam Lily first time tengok. Agak ragu2 nak makan..hehehe). Lauk nasi lemak mereka ialah sambal, ikan ayer dan taugeh. Pelik kan?  Hahaha... Mula2 husband Lily belikan, Lily macam... " eh boleh makan ke ni? " iyalah, kat Malaysia ada telur mata/telur rebus, sambal ikan bilis, timun, kadang2 ade yang letak kacang tu. Seleralah jugak nak makannya. Yedok?  Tapi kat sana berbeza sangat. Timun x nampak, telur x nampak. Yang ada ikan ayer dan taugeh. Errrr.... Hahaha tapi bila makannnnn.... Ya Allahhhhh.... X terkata... Sambal dia sedap..!  👍 so, don't judge the food by its cover... 😘 oh ! Lupa pulak... Husband cakap kat sana orang x makan ikan bilis tau. So, memang payahlah biji mata nak nampak ikan bilis. Nasi minyak pun sama. Nasi mereka warna kuning, ayam goreng dan sambal. Sambal dia ni sikit je tau. Jadi kita kena tuang sambal kat nasi bagi rata. Kat sana nasi minyak is nasi kuning tau.  Sedap!  😍
Banyak lagilah yang Best2..Lily dapat belajar resepi2 masakan kat sana daripada adik ipar.. Hooray!  

3. Keindahan 
  - petang2,husband akan bawa pergi jalan2. Selalunya bawak pergi jalan2 kat pantai. Kalau kat Narathiwat tu tempat orang2 kat situ bersantai waktu petang kat Narathat beach. Pantainya memang cantik MasyaAllah... Tidak boleh diungkap dengan kata2. Bersih, tiada sampah sarap. Memang dijaga betullah. Persekitarannya pun menarik. Sesuai untuk beriadah. 
Narathat beach

Selain Narathat Beach, husband ada jugak bawak Lily pergi ke pantai Ao Manao. Pantai Ao Manao tidak kurang hebatnya. Airnya yang biru, pasirnya yang putih. Memang cantik sekali. Tapi pantai Ao Manao tidak ramai yang berkunjung ke situ. X tahu lah kenapa. Husband cakap time cuti ke apa, baru ramai orang. Orang ramai lebih memilih Narathat Beach sebagai tempat untuk bersantai dan bersiar-siar pada waktu petang. 

                       

                             Pantai Ao Manao

Ini hanya sekadar pengalaman di kampung husband. Bagi korang yang nak travel ke Thailand ni, jangan lupa menikmati pemandangan di sana. Memang tak akan mengecewakan punyalah 😉
Sekian sahaja buat masa sekarang. 
La korn, Assalamualaikum... 😊



Tiada ulasan:

Catat Ulasan