BIARKAN CINTA ITU PERGI ❤ππ
kenangan lalu masih tidak dapat dilupakan dan masih terpahat kemas di ingatannya.Sangat sukar bagi dirinya untuk membuang segala memori yang pernah tercipta antara mereka semua.Suraya menghelakan nafas yang berat sambil melontarkan pandangannya ke arah kanak-kanak yang riang bermain di hadapan rumahnya.Suraya tersenyum.Alangkah indahnya jika zaman kanak-kanaknya dapat diputarkan kembali. Tidak ingin rasanya terus membesar dan membesar mengenal dunia dan mengharungi segala onak duri kehidupan. Kadang-kadang ingin saja terus menjadi kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dan tidak kenal apa itu erti tanggungjawab .
"Kakak! Jomlah main dengan adik. Kawan-kawan adik semua dah balik. " lamunan suraya terbang jauh apabila jeritan adik bongsunya bergema.Langit sudah mula beransur gelap. Di hadapan rumah, hanya adiknya sahaja kelihatan yang berada di situ. Kawan-kawannya semua sudah pulang ke rumah masing-masing.
"Dik, mari naik. Dah nak maghrib ni. Masuk cepat! Tak elok main waktu nak maghrib ni. Banyak syaitan, " kata Suraya menakut-nakutkan adik. Adik terus berlari menuju ke rumah meninggalkan guli-guli yang bertaburan di tanah.
"Haaa pergi mandi. Busuk sampai kat kakak bau ni, " gurau Suraya sambil menutup jendela rumahnya. Adik mencebikkan bibirnya dengan kata-kata kakaknya. Suraya tergelak sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah adiknya itu. Suraya hanya ada adik bongsunya itu seorang sahaja. Ibu bapanya telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu ketika umurnya 18 tahun dan adik bongsunya baru 2 tahun. Sejak itu, dialah yang menggalas tanggungjawab yang teramat besar untuk membesarkan adik serta mendidiknya. Waktu bekerja pun dia terpaksa membawa adiknya. Mujurlah bosnya seorang yang baik hati dan memahami keadaan dirinya. Dia sanggup mengabaikan impian dan cita-citanya hanya untuk memastikan adiknya itu membesar dalam keadaan yang baik. Hanya tuhan yang tahu bertapa sukarnya kehidupannya yang lalu.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
"Esok adik tidur rumah mak ngah ye? Kakak balik lambat sikit esok. Bahaya adik tinggal sorang-sorang dekat rumah. Lusa kakak ambil adik dekat rumah mak ngah, " kata Suraya sewaktu makan malam di dapur.
"Kakak nak pergi mana? Adik nak ikut. Adik tak nak duduk rumah mak ngah kakak," luah adiknya sambil memegang tangan Suraya. Berharap. Tersentuh hati Suraya melihat adiknya . Dia turut memegang tangan adiknya itu
"Adik... esok adik sekolah kan? Mana boleh adik ikut kakak. Kakak ada kerja.kakak balik lambat. Tak bolehlah kakak nak ambik adik macam biasa. Lusa kakak ambillah adik dekat rumah mak ngah. Okay? Makan cepat. Lepastu pergi buat kerja sekolah. " Suraya mengarahkan adiknya. Dia tidak mahu terus sedih mengenangkan nasib mereka berdua. Adik hanya memasamkan muka lalu terus menyuapkan makanan ke dalam mulut. Suraya melihat adik kelihatan tidak tenang apabila dia mengatakan yang dia akan meninggalkan adik di rumah mak ngah.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
"Pukul berapa pulak kau balik malam ni Su? " soal mak ngah ketika Suraya tiba di rumahnya. Semalam Suraya sudah menghubungi ibu saudaranya itu untuk memaklumkan akan kedatangannya serta ingin meninggalkan adik semalaman di situ.
"Lewat malam sikit mak ngah. Banyak stock barang baru sampai kat butik tu. Su dengan bos je berdua. Sebab tu lambat sikit, " jawab Suraya lalu mengalihkan pandangannya kepada adik.
"Adik, jangan nakal-nakal. Esok kakak ambil adik, " Suraya mengusap rambut adiknya. Adiknya hanya menundukkan kepala sejak tadi.
"Kau jangan nak tinggal lama-lama sangat lah budak ni Su. Tak larat aku nak jaga. Anak-anak aku ramai. Bukannya adik kau seorang, " luah mak ngah dengan muka yang tidak senang.
" iyalah mak ngah. Esok pagi Su datang ambik adik. Su pergi dululah. Assalamualaikum mak ngah, " Suraya menyalami tangan ibu sedaranya dan menghulurkan tangannya pula untuk disalami oleh adiknya.
"Ingat pesan kakak adik, " kata Suraya kepada adik. Adik hanya menganggukkan kepala. Suraya terus beredar meninggalkan perkarangan rumah ibu saudaranya itu.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
"Ehhh, Su tak bawa adik sekali ke? " soal kak Linda, bos kepada Suraya apabila melihat Suraya datang sendirian.Setiap hari Suraya selalu membawa adiknya bersama-sama ke butik. Tapi harini tidak pulak.
"Su tinggalkan dia dekat rumah mak ngah. Kita kan banyak stock barang baru sampai. Su tak naklah dia tunggu Su sampai lewat malam kat sini. Jadi Su tinggalkan adik tidur semalaman dekat sana, "jawab Suraya sambil membelek-belek stock barang yang bertaburan di atas karpet.
"Laaa...Su ni, kak Linda bolehlah buat semua ni. Kesian dekat adik tu. Setahu kak, dia x berapa suka tinggal dekat sana kan? Biarlah dia datang sini, " kata kak Linda kepada Suraya.
"Ehhh mana boleh kak Linda buat sorang-sorang. Tak sampai hatilah saya. Saya ni dahlah pekerja kak Linda, " jawab Suraya dengan rasa serba salah.
"Tak biasa apanya Su... Kau tu kerja dengan kak hampir 5 tahun dah. Adik kau tu pun membesar depan mata kak je. Korang berdua kak dah anggap macam adik-adik kak sendiri. Lagipun ni butik kak. Kak kenalah jaga jugak. Takkanlah kak nak lepas tangan, " kata kak Linda. Suraya terdiam sejenak. Perlahan-lahan dihembuskan nafas yang terasa sesak di dada. Dia mula teringatkan adik. Jujur, dia tidak pernah meninggalkan adik walaupun untuk 1 hari. Selepas adik habis waktu persekolahan, dia akan segera menjemput adik lalu terus pergi ke kerja. Tapi harini memandangkan dia pulang lewat, dia tidak sampai hati membiarkan adik menunggu dirinya sehingga bosan di butik tersebut.
'Dik... Sabar ye? Esok pagi-pagi kak ambik adik, ' rintih Suraya di dalam hati.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
"Haaa kau baru balik?! Anak aku dah lama balik, kau baru balik ye?!" sergah mak ngah kepada adik yang baru balik dari sekolah. Adik yang sedang membuka pintu pagar rumah terkejut dengan sergahan mak ngah.
"Errr... Adik lambat siapkan kerja yang cikgu bagi. Cikgu denda suruh balik lambat, " jawab adik ketakutan.
"Tulah kau. Aku dah cakap kau ni bodoh! Tak nak dengar! Nak jugak pergi sekolah! Kakak kau pun satu! Dah tahu miskin tetap je nak hantar kau pergi sekolah! Membazir duit! Bukannya nak bagi duit kat aku ni yang jaga kau! Tumpangkan kau kat rumah ni! Yang menghabiskan beras aku je! Ishhh, sakit pulak hati aku dengan kau ni!" mak ngah menarik rambut adik sehingga tersungkur adik di lantai.
"Aduhhh! Sakit mak ngah! Sakittt! " rintih adik kesakitan. Airmata sudah mula bergenang di kolam mata adik.
"Tahu pun sakit! Eee... Kau ni betul-betul menguji kesabaran akulah! Harini kau jangan makan! Jangan makan!!! Kalau kau makan, siap! " mak ngah melepaskan rambut adik lalu ditendangnya adik. Adik tercampak sampai ke luar pintu. Adik menangis teresak-esak. Keperitan pada rambut serta badannya tidak dapat ditanggung lagi. Dia hanya merintih memanggil kakaknya.
"Kakak.... Baliklahhhh...." rintih adik sambil menyeka airmata di pipi.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Barang-barang yang berada di dalam pelukan Suraya jatuh bertaburan di atas karpet. Suraya segera mengutip satu persatu barang-barang tersebut. Suraya terhenti seketika daripada melakukan kerjanya. Hatinya berasa tidak tenang. Dia melihat jam di dinding. Sudah pukul 11 malam. Tiba-tiba dia teringatkan adiknya yang ditinggalkan di rumah mak ngah. Barang masih banyak. Dia tidak boleh tinggal begitu sahaja. Dia melihat kak Linda yang sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya. Dia segera bangkit menuju ke arah kak Linda.
"Emmm... Kak Linda, Su nak minta izin kak Linda nak balik. Su rasa tak sedap hatilah. Su tiba-tiba teringatkan adik. Su takutlah terjadi apa-apa kat adik, kak. Su nak pergi ambil dia dekat rumah mak ngah, " Suraya meminta kebenaran daripada kak Linda. Kak Linda melihat jam di dinding lalu mengalihkan pandangannya kepada Suraya.
"Lewat malam dah ni Su. Esok kita boleh sambung lagi buat kerja ni semua. Haaa pergi ambik adik dekat rumah mak ngah tu. Janganlah biarkan dia tidur kat sana. Kesian.... " kata kak Linda sambil menutup komputer ribanya. Suraya menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata kak Linda. suraya segera mencapai beg tangannya.
"Marilah kak Linda hantar balik. Bahaya balik seorang diri malam-malam ni, "pelawa kak Linda. Suraya menganggukkan kepala tanda setuju.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Perlahan-lahan adik menuju ke arah dapur ketika semua orang sedang sibuk menonton TV. Tudung saji dibuka dan kelihatan lauk ayam masak kicap dan sayur tumis berada di atas meja makan . Ayam masak kicap kesukaan adik. Perut adik berasa sangat lapar sejak balik dari sekolah lagi. Adik sudah tidak dapat menahan kepedihan di dalam perutnya. Mak ngah asyik menyuruh adik membuat kerja rumah sehinggakan tiada masa langsung untuk adik berehat. Baru sahaja adik ingin mencapai ayam masak kicap tersebut, suara mak ngah memetir di dapur.
"Kau buat apa tu haaa?! Ooo.... Kau curi-curi makan ehhh?! Kan aku dah cakappp..... Jangan makannnn!!! Kau tak reti bahasa ke?!!! tengking mak ngah sambil tangannya kuat memulas telinga adik. Adik meraung kesakitan.
"Kau ni sama je macam mak kau tahu tak?!!! Suka mencuri! Dahlah mencuri lelaki kesukaan aku! Mak kau dah mampus, sekarang kau pulak yang meyerabutkan aku!!! Kau lapar ye? Lapar??? " soal mak ngah yang berbau sindiran kepada adik. Adik mengangguk kepala kelaparan.
"Lapar mak ngah, " rayu adik.
"Aku boleh bagi ayam ni seketul, tapi nasi aku tak bagi. Kalau kau nak nasi, tu ha! Pergi makan kat sana! " mak ngah mengambil seketul ayam masak kicap lalu dicampakkan ke dalam pinggan kucing yang berada di lantai.
"Kau pergi makan dekat sana! Kau jangan nak mengotorkan meja makan aku! Pergi!!! " arah mak ngah lalu ditolaknya adik ke arah pinggan makanan kucing. Adik terduduk di situ. Mak ngah terus beredar meninggalkannya. Adik memerhatikan pinggan makanan kucing tersebut. Teresak-esak adik menangis. Seorang budak yang tidak tahu apa-apa didera sampai begini sekali. Kerana terlalu lapar, perlahan-lahan adik mengaulkan nasi kucing tersebut dengan ayam masak kicap yang dicampak oleh mak ngah tadi. Terketar-ketar tangan adik menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulutnya. Airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
"Hahahaha... Padan muka kau! Aku dah letak racun dalam nasi tu! Haaa sekarang, pergilah kau jumpa mak bapak kau di syurga tu! Hahahahaha! " mak ngah ketawa keriangan kerana rancangannya telah berjaya.
Perkarangan rumahnya cerah disuluh lampu kereta yang tiba di rumahnya. Mak ngah mengintai di sebalik jendela melihat tetamu yang berkunjung ke rumahnya pada lewat malam. Kelihatan Suraya keluar dari kereta lalu menuju ke rumahnya. Mak ngah kecut perut. Disangkakan Suraya akan datang esok pagi. Bolehlah malam ni dia memikirkan cara untuk menipu Suraya esok. Tapi kenapa malam-malam ni si Suraya muncul? Arghhh!
Mak ngah membuka pintu rumahnya.
"Assalamualaikum mak ngah. Adik mana? Su nak ambik adik ni, " kata Suraya sambil matanya meliar mencari kelibat adik di dalam rumah. Mak ngah mula mencari helah.
"Su... Adik...adik kau dia... " mak ngah tidak sempat meneruskan kata-katanya apabila anak sulungnya berteriak memanggil namanya.
"Ibu! Adik menggelepar kat dapur! Mulutnya berbuih ibu! " teriak anak sulung mak ngah. Suraya terkejut. Dia memandang mak ngah. Mak ngah terkedu lalu menundukkan kepala. Suraya bergegas menuju ke arah dapur. Kelihatan adik sudah tidak bergerak di atas lantai. Buih-buih semakin banyak keluar dari mulut adik. Mata adik terbuka. Badan adik penuh dengan lebam-lebam .
"Ya Allah, adik!!! " Suraya menjerit melihat keadaan adik. Diangkatnya kepala adik lalu diletakkan di atas ribanya. Dia memeriksa nadi di tangan adik dan juga di leher. Suraya memejamkan mata. Teresak-esak Suraya menangis. Adik sudah tiada.
"Adikkkk! Kakak datang ni nak ambik adik. Kenapa adik buat macam ni? Sampai hati adik tinggal kakak, " sayunya hati Suraya apabila seorang lagi ahli keluarganya pergi meninggalkan dirinya. Mak ngah di belakangnya hanya menundukkan kepala. Suraya melihat mak ngah lalu memegang kemas tangan mak ngah.
"Mak ngah! Kenapa buat adik macam ni?! Kenapa?!!! Apa salah adik saya?! Apa salah dia mak ngah?! Dia kecil lagi mak ngah. Dia tak tahu apa-apa! Kenapa mak ngah buat macam ni kepada adik saya?! Saya akan pastikan mak ngah meringkuk di dalam penjara sampai mati! Itu janji saya! Walaupun mak ngah adalah mak saudara saya sendiri!!! Macam tu jugaklah mak ngah buat dekat anak saudara mak ngah ni sendiri!!! Ingat mak ngah! Saya x akan lepaskan mak ngah! " Suraya terus mengangkat adik lalu beredar dari situ. Mak ngah terduduk . Dia mula sedar akan perangainya yang telah dihasut syaitan. Dirinya yang telah dikuasai oleh dendam. Kini, hidupnya sudah berakhir.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Suraya melihat pusara adik. Dan di sebelah kanan dan kirinya adalah pusara ibu dan ayahnya. Suraya menitiskan airmata. Kenapa dia harus mengharungi semua ini? Dia tidak begitu tabah. Dia tidak begitu kuat. Berat sungguh cubaan yang diberikan untuknya. Kalaulah dia mendengar kata-kata adik . Dia tidak akan hantar adik ke rumah mak ngah.
"Adik...maafkan kakak ye? Kakak harap adik tenang di sana. Jaga ibu dan ayah di sana ye? Tunggu kakak kat sana. Kakak akan datang jumpa adik, ibu dan ayah.. " Suraya memegang batu nisan adiknya. Dia menghelakan nafas yang berat dan perlahan-lahan bangkit. Kakinya terus berjalan meninggalkan pusara keluarganya. Tidak mampu dia menoleh ke belakang lagi. Biarkan cinta itu pergi ke tempat yang lebih bahagia dan tenang.
-TAMAT-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan